01 December 2014

Manisnya Ujian


Indahnya hidup ini andai diri kita sentiasa mendapat tarbiyah daripada sekecil-kecil
ciptaan Allah sehingga kepada yang sebesar-besarnya

Ujian 
kadang kala mendekatkan manusia kepada penciptanya 
kadang kala juga menjarakkan
kerana itulah 
Ujian kadangkala merupakan suatu nikmat
namun ia juga merupakan suatu musibah
bagi pemikiran stereotaip masyarakat kini

Jika kita pandang dengan hati yang sebenar-benarnya yakin akan kekuasaan Allah 
maka pasti kita akan sentiasa bersedia andai diuji
diuji dengan nikmat harta yang melimpah ruah,mahupun bebanan tanggungjawab yang kadangkala dianggap rumit.
diuji dengan kehilangan orang tersayang,diuji dengan pengkhianatan,diuji dengan gelodak di dalam persahabatan
dan lain-lain

Allah menjadikan setiap manusia di muka Bumi ini dalam keadaan berkelompok
biarpun Adam diturunkan ke Bumi secara berasingan daripada Hawanya namun mereka bertemu kembali 

Begitu juga keadaan kita di masa kini,tiada ada walau seorang pun manusia yang dapat hidup bersendirian tanpa manusia yang lain.
Di akhirat kelak kita akan dibangkitkan di dalam keadaan di mana semuanya tidak mempunyai apa-apa
tiada apa-apa='zero'
tetapi 
segala perbuatan kita sewaktu hidup di dunia tidak akan pernah hilang
dari situ kita akan dipersoalkan segalanya
tentang apa yang kita lakukan sepanjang diberi hayat di dunia
sama ada kita hidup bersendirian tanpa memikirkan tentang orang lain ataupun sebaliknya.

Jika 
sekarang ini kita menghadapi Ujian dari Allah
Jangan sekali-kali mengeluh
cukuplah sekadar kita berdoa dan mengadu kepada Allah
mudah-mudahan Allah meringankan

Jika 
saat ini kita hampir berputus asa terhadap manusia
maka senyumlah 
kerana itu yang saya lakukan
senyum itu satu sedekah
senyum itu adalah sunnah
Sebenarnya dengan senyuman ,kita akan memperoleh satu aura positif yang justeru akan mengubah pemikiran kita serta emosi kita

Manisnya kehidupan bagi manusia yang sentiasa mempunyai Allah di dalam hidupnya
Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya,tetapi kitalah yang selalu berlari semakin menjauhinya.
Nauzubillahi min zalik

'IM NOBODY, and NOBODY IS PERFECT'

28 November 2014

Cinta Allah


Allah uji kerana Allah sayang hamba-hambanya
Allah inginkan hambanya untuk meminta 
Allah inginkan hambanya untuk menyebut namanya
Dalam dunia ni
siapa yang tak suka seandainya orang yang dicintai sentiasa menyebut namanya?
Begitulah juga Allah
kerana sayangkan kita 
maka dipercikkan sedikit ujian terhadap kita 
supaya perhatian kita beralih daripada hal dunia
kepada Allah semata-mata

Kadang kala kita menangis
kerana ditolak oleh cinta manusia
namun satu hal yang tidak kita sedari
cinta Allah lupa kita nak gapai
cinta Allah lupa kita nak cari

satu-satunya kekasih yang tidak pernah jemu menanti
adalah 
Allah
Dia pencipta kita 
segala nikmat yang kita peroleh 
semuanya datang daripada Dia

dalam dunia ni pula
terdapat dua jenis manusia:
iaitu
1.manusia yang taat
2.manusia yang ingkar

Pilihan di tangan manusia
sebab Allah sudah menjadikan manusia sbaik-baik makhluk di muka Bumi dengan dikurniakan akal fikiran
namun manusia sendiri yang lebih memilih untuk menurut hawa nafsu berbanding akal fikiran yang jelas

HakCipta nurulmatabesar.blogspot.com