05 June 2013

Sinopsis Di Sebalik Wajah Tingkatan 2

Mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu Balar.Nama Doktor Fikri sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya.Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar,Doktor Fikri sering diejek.Pertukaran ke SMK Menggatal banyak memberikan pengalaman baru kepadanya.Josy,Dayang Mahani,Sanin,Suriani dan Aziz dapat menerima kehadirannya.Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius,Jamadi dan Jais.

Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada cikgu Wahab.Hal ini menyebabkan mereka berdendam dengan Doktor Fikri.Narius dan kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.Guru disiplin telah melakukan pemeriksaan mengejut.Doktor Fikri telah dipanggil dan disiasat tetapi dia cuma mendiamkan diri.Selepas kejadian tersebut kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy.

Semasa sukan tahunan,Doktor Fikri telah menamatkan larian 1500 Meter dan pengsan.Dia juga kehilangan basikal baru yang telah dibeli menggunakan duit simpanannya.Pada suatu hari,seorang murid mengadu kepada cikgu Wahab bahawa dia ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal Doktor Fikri.Hal ini dilaporkan ke balai polis.Narius dan rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang telah dilakukan.Mereka ditahan di lokap.Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing.Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin.Doktor Fikri dan bapanya ternampak Narius sedang menangis disamping bapanya yang telah uzur.Doktor Fikri meminta bapanya menjamin Narius.

Semenjak hari itu,Narius dan rakan-rakanya berubah.Mereka mengakui bahawa merekalah yang telah menganiayai Doktor Fikri.Namun pada masa yang sama,Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana.Pulang cuti,mereka telah pergi ke puncak Gunung Kinabalu.

Semakan keputusan PSPM 2 program Matrikulasi sesi 2012/2013

Hari ini semua orang berkobar-kobar untuk menyemak keputusan PSPM 2 yang khabarnya dibuka untuk semakan pada hari ini.Ternyata indah khabar dari rupa keputusan tersebut hanya boleh disemak pada 6 hb Jun 2013.Kepada lepasan matrikulasi sesi 2012/2013 diharap dapat bersabar untuk sehari lagi.Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang.

Cara semakan:
Online - http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/keputusan_exam/
SMS - Taip MOE MAK hantar ke 15888
Telefon ke kolej masing-masing -
Kolej Matrikulasi Johor - 069781613

HakCipta nurulmatabesar.blogspot.com