Ada tak sesiapa yang pernah tengok Hujan air batu,setakat ni Nurul belum pernah tengok lagi,sepatutnya semasa Nurul kecil dulu dah ada pengalaman tapi dah terlepas.Ayah Nurul kata kalau zaman dulu lagi senang nak nampak sebab zaman dulu kalau hujan kurang tercemar,maklumlah sekarang ni kan ada hujan asid.
Ni ada sedikit info tentang hujan air batu:
Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.
Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.
Maksud perkataan:
1.Kerpasan - hasil pemeluwapan wap air atmosfera yang ditarik ke bawah oleh graviti lalu termendap pada permukaan Bumi.Bentuk-bentuk kerpasan utama termasuklah hujan, salji, gentilan ais dan graupel.
2.Awan kumulonimbus - awan yang tinggi, padat, dan terlibat dalam ribut petir dan cuaca sejuk dan lembap lain.Cumulonimbus berasal daripada bahasa Latin: Cumulus "mengumpulkan" dan nimbus "hujan". Ia disebabkan ketidakstabilan atmosfera. Awan kumulonimbus terbentuk daripada awan kumulus (dari cumulus congestus) dan seterusnya berkembang menjadi supersel, ribut petir kuat dengan ciri istimewa.
3.Khatulistiwa - satu bulatan khayalan yang dilukis pada separuh jarak antara kedua-dua khutub planet atau objek astronomi yang lain. Garis bultan ini membahagikan planet menjadi dua bahagian, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. Menurut takrif, garisan lintang khatulistiwa ialah 0°. Panjangnya khatulistiwa Bumi ialah kira-kira 40,075.0 kilometer, atau 24,901.5 batu.
Sumber Maklumat : Wikipedia