25 March 2012

Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Pengenalan

Kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan memfokuskan kepada kajian atau penyelidikan yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis, penentuan punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuhannya.

Selain itu bidang tugasnya membantu juga dalam kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang. Kerjaya seorang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah menarik, mencabar dan sesuai bagi mereka yang mempunyai minat dalam teknologi sains gunaan.

Deskripsi Tugas

Juruteknologi Makmal Perubatan memberi khidmat bantuan penting bagi penjagaan pesakit di hospital. Tugas hakikinya adalah melakukan analisis-analisis makmal serta menghasilkan keputusan-keputusan yang tepat yang boleh membantu Pegawai Perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit.

Kurikulum Latihan Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Tempoh latihan : 3 tahun (6 semester) meliputi subjek seperti berikut :

-Kimia
-Imunologi
-Statistik & Matematik
-Mikrobiologi Perubatan
-Hematologi
-Patologi Anatomi
-Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
-Biologi Manusia
-Biokimia
-Patologi Kimia
-Parasitologi Perubatan
-Imunohematologi
-Sitologi
-Instrumentasi

Kelayakan Untuk Memohon

A. Syarat-Syarat Asas Skim Perkhidmatan
Pemohon hendaklah terdiri daripada :
-Warganegara Malaysia
-Lelaki/Perempuan (belum berkahwin)
-Umur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan

Kelayakan Akademik:
-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

-SPM Mengikut Sistem Terbuka-Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

-lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

-lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

-memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

B. Syarat-Syarat Keutamaan Pemilihan

-Lulus dengan 2 kredit di dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris serta Lulus dalam 2 mata pelajaran lain.

-Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Prospek Kerjaya

Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan. Seterusnya anda berpeluang dinaikkan ke gred jawatan yang lebih tinggi.

Perlantikan ke Skim Perkhidmatan

-Nama Jawatan: Juruteknologi Makmal Perubatan
-Taraf Jawatan : Tetap
-Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tamat latihan dengan jayanya akan dilantik ke jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29, tanggagaji (tertakluk pada perubahan semasa)

Tangga gaji :
Gred Minimum Maksimum
U29 RM 1160.69(P1T1) RM 3057.39
U32 RM 1959.29(P1T1) RM 3656.38
U36 RM 3057.36(P1T1) RM 4521.51
U38 RM 3778.83(P1T1) RM 4943.49
U40 RM 4444.33(P1T1) RM 5642.23

Elaun/Imbuhan Tetap
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM160
Imbuhan Tetap Perumahan RM180
Elaun Sara Hidup (COLA)*
*Mengikut wilayah bertugas RM100/RM200/RM300

Ikatan Perkhidmatan

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

Institusi Latihan KKM
1. Kolej Teknologi Makmal Perubatan Kuala Lumpur
2. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching Sarawak
HakCipta nurulmatabesar.blogspot.com