Bismillahirrahmanirrahim
Berpuasa di bulan Ramadhan
"Wahai orang-orang yang beriman , telah diwajibkan ke atas kamu puasa (Ramadhan) sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu." [Q.S Al-Baqarah : 183]
Sabda Rasulullah :
"Ketika malam pertama Ramadhan semua pintu yang ditutup dan Allah memerintahkan jurupanggil yang memanggil , "wahai pencari kebaikan mengadaplah! Wahai pelaku kejahatan , hentikanlah! kemudian Dia berkata , "Setiap yang memohon ampun akan diampuni setiap yang meminta akan dipenuhi permintaannya dan setiap yang bertaubat akan diterima taubatnya. "Tak hentinya dia selalu mengatakan demikian sampai datang subuh dan setiap malam 'idul Fitri,Allah membebaskan satu juga orang dari Neraka yang mestinya mendapat seksa."
"Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah , akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."
"Setiap amal manusia itu untuknya kecuali puasa ia adalah untukKu dan Aku sendiri membalasnya"
"Di bulan Ramadhan , umatku telah diberi 5 hal yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya; bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada keharuman misik,para malaikat memohon ampun untuk mereka sampai mereka berbuka,juga pada bulan itu syaitan diikat dan setiap hari Allah menghiasi Syurga dan berkata , "Hamba-hambaKu yang soleh dihindarkan dari keburukan dan penyakit." Serta Allah mengampuni mereka pada malam akhir dari bulan Ramadhan."
Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan satu lagi kewajipan yang harus dilaksanakan umat Islam tidak mengira bangsa dan warna kulit. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa kerana ganjaran bagi sesiapa yang beribadah kepada Allah akan berlipat ganda. Ayuh sama-sama kita berpuasa dengan penuh yakin dan bersemangat di samping istiqamah melakukan ibadah-ibadah sunat seperti solat sunat Tarawih,tadarus Al-Quran,bersedekah,memberi makan orang yang berpuasa dan sebagainya.
NIAT PUASA:
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA:
PERKARA MAKRUH KETIKA PUASA:
PERKARA SUNAT KETIKA PUASA:
Sepintas Lalu :
p/s: Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam,mudah mudahan amalan kita pada Ramadhan kali ini diterima oleh Allah s.w.t .. Kekuatan itu bukanlah dipandang dari sudut fizikal tetapi terlihat pada semangat dan usaha kita menuju matlamat




