05 February 2012

Kisah Nabi Muhammad SAW 450

Kemudiannya berhala di Kaabah itu dihancurkan oleh Nabi SAW sendiri.Berhala tersebut dicampakkan dan tersungkur ke tanah.
Selepas itu,orang ramai mengambil bahagian pula untuk memusnahkan saki-baki berhala di situ.
Dengan demikian Rumah Suci (Kaabah) telah dibersihkan daripada anasir-anasir yang menyekutukan Allah.
Jadi,pada hari pertama itu,sebaik Nabi Muhammad SAW menguasai Mekah,terus sahaja Baginda mengadakan "pembersihan".
Baginda telah mengotakan janji dan menegakkan apa yang Baginda SAW perjuangkan selama 20 tahun dari kerasulannya; yang kemudian itu ditentang oleh Quraisy Mekah,bermati-matian.
Pada hari pertama itu juga,Baginda SAW telah menghapuskan segala tipu daya yang wujud hasil daripada kesesatan yang sekian lama meliputi dan menghantui umat manusia.
Habis semua sekali dibersihkan,dimusnahkan tanpa tinggal bersisa lagi.Segala penghancuran itu disaksikan sendiri oleh kaum Quraisy.Mereka hanya melopong tanpa dapat menolong 'tuhan berhala' mereka itu dimusnahkan.
HakCipta nurulmatabesar.blogspot.com