Sedang malaikat-malaikat itu pun dilukiskan seorang wanita yang cantik.Walhal,malaikat-malaikat itu bukanlah lelaki mahupun perempuan.Sesungguhnya tiada jantina bagi para malaikat.
Semua gambar-gambar yang ada di dinding Kaabah itu disangkal oleh Nabi SAW sama sekali.
Lalu Baginda SAW perintahkan agar gambar-gambar tersebut dihancurkan serta merta.
Di dalam Kaabah itu juga terdapat berhala-berhala sembahan kaum jahiliah.Antara berhala yang terbesar itu ialah Uzza,Hubal dan Latta.
Diceritakan bahawa terdapat tiga ratus enam puluh buah patung berhala berada di dalam Kaabah.Berhala-berhala yang menjadi sembahan masyarakat jahiliah selain daripada Allah itu ada juga diletakkan di sekeliling Kaabah.Berhala-berhala itu diletakkan dengan timah.
Dengan tongkat di tangan Nabi Muhammad SAW itu,Baginda menunjukkan kepada berhala-berhala itu seraya membaca firman Allah:"Katakanlah!:Yang benar itu sudah datang dan yang palsu segera menghilang;sebab kepalsuan itu pasti akan lenyap".(Al Israa:81)