25 January 2012

Kisah Nabi Muhammad 346/2

Musnahnya Berrhala

Rasulullah SAW bukanlah merupakan seorang manusia yang kenal erti permusuhan di kalangan umat manusia.Kalau tidak di luar keterbatasan yang melampau,sedikitpun Baginda SAW tidak mahu menumpahkan darah.Nabi Muhammad SAW bukanlah pemerintah diktator.Bahkan Baginda bukanlah orang yang mahu menunjukkan kekuasaan.Tuhan telah memberi keringanan kepadanya dalam menghadapi musuh dan di atas kemampuannya jugalah Baginda SAWmemberikan pengampunan.
Lantaran itu kepada seluruh dunia dan generasi,Nabi SAW telah menunjukkan satu teladan yang mulia terutama tentang kebaikan dan keteguhan memelihara janji,tentang kebebasan jiwa yang belum pernah sesiapa capai sekalipun.
Apabila Nabi SAW memasuki Kaabah,dilihatnya di dinding-dinding Kaabah itu dipenuhi dengan lukisan.Pelbagai jenis gambar yang tertera,antaranya didakwa sebagai malaikat dan para nabi.Dilihatnya gambaran Nabi Ibrahim yang dilukis sedang memegang azlam.
Azlam ialah sejenis anak panah yang tiada mata dan berbulu.Kebiasaanya di zaman jahiliah ia dibuat dan digunakan untuk menilik nasib.Anak panah itu akan ditulis padanya dengan perkataan 'lakukan' dan 'tidak lakukan'.Kemudian ia akan digoncang di dalam satu bekas.Apa yang keluar itulah yang akan dikerjakan.Mereka membuang undi melalui tilikan ini untuk mencari dan mencapai kepastian dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

BERSAMBUNG...
HakCipta nurulmatabesar.blogspot.com