23 December 2012

ERTI DI SEBALIK TUDUNG LABUH..

Orang selalu kata kalu pakai tudung labuh mesti tinggi ilmu agama tak pun mesti arab tak pun ada yang kene perli ustazah..oh ustazah..

What on earth?Benda ni dah macam common sebab ada juga budak yang tak pakai tudung labuh or even uncovered lagi pandai ilmu agama malahan bila mengaji mak ai merdu suara malahan tajwid pun dijaga.

Sebenarnya di sebalik bebelan ni semua nak kata yang Nulfa pun macam tu walaupun pakai tudung labuh tapi dalam hati cuma diri sendiri dan Allah yang tahu.Bukan niat di hati pakai tudung labuh demi menutup kekurangan atau keaiban diri dan yang paling utama bukan nak jadi hipokrit..Konon pakai tudung labuh padahal banyak sangat buat dosa..

Urm sebenarnya nak cakap don't judge a book by its cover until you read the book by yourself..kerana setiap orang berhak berubah dan selagi ada peluang untuk berubah pintu taubat takkan tertutup.Nulfa sharing-sharing benda ni untuk mengingatkan pembaca serta diri sendiri.

Kadang-kadang untuk melepaskan sesuatu yang kita dah lama buat memang susah terutama melibatkan hal-hal duniawi yang dah sememangnya fana atau tak kekal ni.Begitu juga Nulfa yang sedang berjuang demi kebahagiaan di akhirat.

PHD..Perasaan hasad dengki sememangnya ada dalam diri setiap ummah Nulfa pun tak lari daripada PHD free ni..kadang-kadang bila nampak orang tak pakai tudung dalam hati timbul perasaan bangga sebab apa diri sendiri bukan setakat pakai tudung malahan labuh tau..bila da sedar cepat-cepat Istighfar..Nulfa tak nak ambil PHD free biar bersusah asal diredhai Allah..

Dalam hati Nulfa selalu minta supaya setiap niat Nulfa untuk membantu orang lain sama ada sahabat atau lainnya sentiasa ikhlas dan tak nak ada perasaan mengungkit..

Akhir sekali nak beritahu tak salahpun kalau nak pakai tudung labuh although tak belajar sampai Mesir,yang penting niat tu mesti ikhlas,kerana inginkan redha Allah..

Semoga setiap perbuatan,perkataan dan niat kita mendapat ganjaran daripada ALLAH S.W.T..
Ameen Ya RabbalAlamin

Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di negara-negara membangun tidak dapat dinafikan telah berlaku dengan pesat.Hal ini termasuklah negara Malaysia sendiri.Penciptaan satelit memungkinkan jaringan internet digunakan di negara-negara membangun.Penggunaan ICT sememangnya dapat memberi kemudahan dan faedah kepada negara-negara membangun terutama dalam aspek-aspek tertentu.

Antara faedah utama yang nyata diperoleh daripada penggunaan ICT adalah dapat meningkatkan taraf pendidikan negara membangun agar setanding dengan negara maju.Hal ini termasuklah,pendidikan jarak jauh yang boleh dilakukan di dalam negara mahupun luar negara.Selain itu,ICT juga boleh digunakan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah khususnya.Impak daripada hal ini adalah pelajar akan mudah mencari maklumat yang diinginkan daripada jaringan internet.Malahan tugas yang diberikan oleh guru dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah.Sebagai contoh,penggunaan telesidang bagi memudahkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran jarak jauh sama ada di dalam negara mahupun luar negara.Oleh itu,penggunaan ICT dalam pendidikan dapat meningkatkan taraf pendidikan di sesebuah negara maju.

Faedah yang seterusnya adalah dapat meningkatkan taraf kesihatan rakyat di sesebuah negara maju.Penyelidikan atau kajian boleh dilakukan untuk mengenalpasti penyakit.Selain itu,kini banyak pembedahan berjaya dilakukan dengan penggunaan telesidang bagi membantu seseorang dokto dalam pembedahan besar.Hal ini dapat membuktikan bahawa kata-kata peribahasa berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Sebagai contoh, seorang doktor menggunakan telesidang bagi membantu seorang doktor yang lain dalam pembedahan yang dijalankan.Apabila pembedahan itu berjaya dijalankan maka seluruh masyarakat tidak ragu dan gentar untuk menjalani pembedahan yang dijalankan secara telesidang.Maka dengan itu ,taraf kesihatan para penduduk akan meningkat bagi melahirkan generasi berilmu.Bak kata bijak pandai,tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.

Faedah lain yang menyumbang adalah dapat meningkatkan dapat menigkatkan taraf ekonomi bagi sesebuah negara membangun.Perkara ini termasuklah import dan eksport barangan tempatan serta luar negara seperti rempah ratus.selain itu,urusan jualan dan pembelian dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.Sebagai contoh,penggunaan secara meluas E-dagang dapat membantu dalam penjualan sesuatu produk kecantikan mahupun produk makanan kesihatan.Di samping itu,pembelian dengan mudah dapat dilakukan secara terus melalui jaringan internet.Perkara ini dapat menjimatkan masa bagi pembeli biarpun daripada luar negara.Sehubungan dengan itu,pelbagai perkara dapat dilakukan ketika pembelian dilakukan.Bak kata pepatah,sambil menyelam minum air.Oleh itu,hal ini dapat membantu meningkatkan ekonomi negara,khususnya Malaysia.

30 August 2012

Sinopsis Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5(Selatan)

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya

Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak

Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.

Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada

Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran

Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.

Bab 5 : Bukit Kutu

Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

Bab 6 : Hanya pada Harapan

Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.

Bab 7 : Kabus di Perbukitan

Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.

Bab 8 : Terus Mencari

Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.

Bab 9 : Pekan Sungai Kubu

Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.

Bab 10 : Kauhadir dalam Igauan


faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.

Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan

Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.

Bab 12 : Tekad

Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.

Bab 13 : Rindu

Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi

Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.

Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi

Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.

Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi

Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.

Bab 17 : Penyembelihan Kambing

Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.

Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata

Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.

Bab 19 : hati dan Warna Kanvas

Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.

Bab 20 : Pendatang

Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.

Bab 21 : Tak Ingin Tahu

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.

Bab 22 : Mengukur Usia

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.





15 June 2012

Israk Mikraj

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. 

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. 

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. 

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. 

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. 

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda. 

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu. 

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)

20 April 2012

Teknik-Teknik Plot Dalam KOMSAS Bahasa Melayu,,

Dialog
Pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak ataupun lebih.Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita selanjutnya.Melalui dialog,pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut.

Monolog
Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian .Dengan perkataan lain,teknik monolog bermkasud sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri.Kadang kala,monolog itu juga mungkin berupa doa,rungutan,keluh-kesah ataupun ratapan.

Monolog Dalaman
Merujuk kepada percakapan,lintasan atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak-watak lain.

Pemerian
Teknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung.Hal ini bermaksud pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung.Dengan perkataan lain pengarang seolah-olah menjadi pencerita dan menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung.

Imbas Kembali
Teknik ini merupakan satu yeknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk menceritakan sesuatu peristiwa yang sudah berlaku sebelum peristiwa itu.Pengarang menggambarkannya melalui ingatan.kenangan,lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesuatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.

Imbas Muka
Teknik ini merupakan teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku dan masih belum berlaku lagi.Bayangan tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu aksi watak atau aksi watak-watak lain atau perkara-perkara lain.

Suspen
Teknik ini merujuk kepada peristiwa yang menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu para pembaca untuk mengikuti cerita.Pembaca ingin tahu perkara yang akan berlaaku seterusnya.

Kejutan
Teknik ini merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh pembaca.Dengan kata lain,pembaca tidak dapat menjangkakan peristiwa itu akan berlaku dan peristiwa tersebut berlaku secara mengejut.

25 March 2012

Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Pengenalan

Kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan memfokuskan kepada kajian atau penyelidikan yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis, penentuan punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuhannya.

Selain itu bidang tugasnya membantu juga dalam kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang. Kerjaya seorang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah menarik, mencabar dan sesuai bagi mereka yang mempunyai minat dalam teknologi sains gunaan.

Deskripsi Tugas

Juruteknologi Makmal Perubatan memberi khidmat bantuan penting bagi penjagaan pesakit di hospital. Tugas hakikinya adalah melakukan analisis-analisis makmal serta menghasilkan keputusan-keputusan yang tepat yang boleh membantu Pegawai Perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit.

Kurikulum Latihan Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Tempoh latihan : 3 tahun (6 semester) meliputi subjek seperti berikut :

-Kimia
-Imunologi
-Statistik & Matematik
-Mikrobiologi Perubatan
-Hematologi
-Patologi Anatomi
-Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
-Biologi Manusia
-Biokimia
-Patologi Kimia
-Parasitologi Perubatan
-Imunohematologi
-Sitologi
-Instrumentasi

Kelayakan Untuk Memohon

A. Syarat-Syarat Asas Skim Perkhidmatan
Pemohon hendaklah terdiri daripada :
-Warganegara Malaysia
-Lelaki/Perempuan (belum berkahwin)
-Umur antara 17-25 tahun pada tarikh permohonan

Kelayakan Akademik:
-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

-SPM Mengikut Sistem Terbuka-Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

-lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

-lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

-memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

B. Syarat-Syarat Keutamaan Pemilihan

-Lulus dengan 2 kredit di dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris serta Lulus dalam 2 mata pelajaran lain.

-Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Prospek Kerjaya

Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan. Seterusnya anda berpeluang dinaikkan ke gred jawatan yang lebih tinggi.

Perlantikan ke Skim Perkhidmatan

-Nama Jawatan: Juruteknologi Makmal Perubatan
-Taraf Jawatan : Tetap
-Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tamat latihan dengan jayanya akan dilantik ke jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29, tanggagaji (tertakluk pada perubahan semasa)

Tangga gaji :
Gred Minimum Maksimum
U29 RM 1160.69(P1T1) RM 3057.39
U32 RM 1959.29(P1T1) RM 3656.38
U36 RM 3057.36(P1T1) RM 4521.51
U38 RM 3778.83(P1T1) RM 4943.49
U40 RM 4444.33(P1T1) RM 5642.23

Elaun/Imbuhan Tetap
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM160
Imbuhan Tetap Perumahan RM180
Elaun Sara Hidup (COLA)*
*Mengikut wilayah bertugas RM100/RM200/RM300

Ikatan Perkhidmatan

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

Institusi Latihan KKM
1. Kolej Teknologi Makmal Perubatan Kuala Lumpur
2. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching Sarawak

13 March 2012

Hujan Air Batu,,

Ada tak sesiapa yang pernah tengok Hujan air batu,setakat ni Nurul belum pernah tengok lagi,sepatutnya semasa Nurul kecil dulu dah ada pengalaman tapi dah terlepas.Ayah Nurul kata kalau zaman dulu lagi senang nak nampak sebab zaman dulu kalau hujan kurang tercemar,maklumlah sekarang ni kan ada hujan asid.

Ni ada sedikit info tentang hujan air batu:

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.

Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.

Maksud perkataan:
1.Kerpasan - hasil pemeluwapan wap air atmosfera yang ditarik ke bawah oleh graviti lalu termendap pada permukaan Bumi.Bentuk-bentuk kerpasan utama termasuklah hujan, salji, gentilan ais dan graupel.

2.Awan kumulonimbus - awan yang tinggi, padat, dan terlibat dalam ribut petir dan cuaca sejuk dan lembap lain.Cumulonimbus berasal daripada bahasa Latin: Cumulus "mengumpulkan" dan nimbus "hujan". Ia disebabkan ketidakstabilan atmosfera. Awan kumulonimbus terbentuk daripada awan kumulus (dari cumulus congestus) dan seterusnya berkembang menjadi supersel, ribut petir kuat dengan ciri istimewa.

3.Khatulistiwa - satu bulatan khayalan yang dilukis pada separuh jarak antara kedua-dua khutub planet atau objek astronomi yang lain. Garis bultan ini membahagikan planet menjadi dua bahagian, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. Menurut takrif, garisan lintang khatulistiwa ialah 0°. Panjangnya khatulistiwa Bumi ialah kira-kira 40,075.0 kilometer, atau 24,901.5 batu.

Sumber Maklumat : Wikipedia

08 March 2012

Teori Kerjaya Holland,,

Tips ni Nurul da buat banyak kali,tapi masih ragu lagi sama ada berkesan atau tidak,setakat ni Nurul rasa tak menjadi dengan diri Nurul,sebab banyak faktor yang mengganggu fikiran dan pilihan :
1.faktor kelayakan akademik
2.faktor ibu bapa
3.faktor minat

Jadi bagi sesiapa yang merasakan teori ini berkesan terhadapnya,Tahniah!

1.REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL(KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)

CIRI-CIRI
Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal.

SUKA
Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.

TIDAK SUKA
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.

ORIENTASI
Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.

PEKERJAAN
Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.

BIDANG PENGAJIAN
Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan.
Ganjaran bernilai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki.
Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah dan tradisional.

2.INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)

CIRI-CIRI
Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.

SUKA
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.

TIDAK SUKA
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.

ORIENTASI
Penyelidikan dan penyelesaian masalah.

PEKERJAAN
Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.

BIDANG PENGAJIAN
Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains Geoinformasi.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik.
Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.

3.ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)

CIRI-CIRI
Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.

SUKA
Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa, muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja bersendirian.

TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data.

ORIENTASI
Berkarya, mencipta idea.

PEKERJAAN
Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari, pengarah drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan.

BIDANG PENGAJIAN
Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.

4. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)

CIRI-CIRI
Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.

SUKA
Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.

TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.

ORIENTASI
Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan.

PEKERJAAN
Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi

BIDANG PENGAJIAN
Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.

5. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)

CIRI-CIRI
Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.

SUKA
Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.

TIDAK SUKA
Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.

ORIENTASI
Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.

PEKERJAAN
Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal.

BIDANG PENGAJIAN
Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan, penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip.

6. KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)

CIRI-CIRI
Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid, bergantungan.

SUKA
Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail.

TIDAK SUKA
Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.

ORIENTASI
Manipulasi data dan sistematik.

PEKERJAAN
Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru perdagangan.

BIDANG PENGAJIAN
Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan.

PERSEKITARAN AKADEMIK

Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah.

05 March 2012

Kenangan Waktu Di SMK SAGIL,,

Sekarang ni kalau duduk kat rumah,,mesti teringat kenangan mase form 1 form 2 form 3.Ingat lagi cikgu-cikgu yang pernah ajar Nurul dulu,,Cikgu Hidayah Cikgu Hasnan Cikgu Sabariah Cikgu Azamimah Cikgu Umi Cikgu Malek Cikgu Dahlia ramai lagi la,,
Ingat lagi mase form 1 mase tu ujian,,dapat result math,,x sangka Nurul dapat 100%,,mase tuh cikgu Sabariah yang ajar,,
Mase cikgu Hasnan ajar pulak,,cikgu selalau buat lawak mse dalam kelas,,ingat lagi mse awal-awal belajar dengan dia satu ape pon tak faham tp bile lama-lama tu,,da tau rentak dia mengajar,,dapatlah juga,,

Mase kat SMK SAGIL dulu selalu juga masuk pertandingan kawad tp peringkat hari sukan je la,,lagi-lagi untuk Persatuan Bulan Sabit Merah,,dengan cikgu Rozami,,n ramai lagi,,dulu selalu datang kat sekolah petang-petang untuk wat latihan kawad,,mase tuh Nurul da kire agak senior la juga,,sebab mse tuh memang dak-dak form 4 n form 5 da tak aktif sangat,,lagi pulak x ramai yang tau cara kawad yang betul,,

Klau nak cerita semua kenangan pahit manis kelat masam masin mase kat SMK SAGIL tu dulu mesti tak boleh habis,,sebab semua kenangan tuh terlalu berharga,,

05 February 2012

Kisah Nabi Muhammad SAW 450

Kemudiannya berhala di Kaabah itu dihancurkan oleh Nabi SAW sendiri.Berhala tersebut dicampakkan dan tersungkur ke tanah.
Selepas itu,orang ramai mengambil bahagian pula untuk memusnahkan saki-baki berhala di situ.
Dengan demikian Rumah Suci (Kaabah) telah dibersihkan daripada anasir-anasir yang menyekutukan Allah.
Jadi,pada hari pertama itu,sebaik Nabi Muhammad SAW menguasai Mekah,terus sahaja Baginda mengadakan "pembersihan".
Baginda telah mengotakan janji dan menegakkan apa yang Baginda SAW perjuangkan selama 20 tahun dari kerasulannya; yang kemudian itu ditentang oleh Quraisy Mekah,bermati-matian.
Pada hari pertama itu juga,Baginda SAW telah menghapuskan segala tipu daya yang wujud hasil daripada kesesatan yang sekian lama meliputi dan menghantui umat manusia.
Habis semua sekali dibersihkan,dimusnahkan tanpa tinggal bersisa lagi.Segala penghancuran itu disaksikan sendiri oleh kaum Quraisy.Mereka hanya melopong tanpa dapat menolong 'tuhan berhala' mereka itu dimusnahkan.

01 February 2012

Kisah Nabi Nabi Muhammad 349

Sedang malaikat-malaikat itu pun dilukiskan seorang wanita yang cantik.Walhal,malaikat-malaikat itu bukanlah lelaki mahupun perempuan.Sesungguhnya tiada jantina bagi para malaikat.
Semua gambar-gambar yang ada di dinding Kaabah itu disangkal oleh Nabi SAW sama sekali.
Lalu Baginda SAW perintahkan agar gambar-gambar tersebut dihancurkan serta merta.
Di dalam Kaabah itu juga terdapat berhala-berhala sembahan kaum jahiliah.Antara berhala yang terbesar itu ialah Uzza,Hubal dan Latta.
Diceritakan bahawa terdapat tiga ratus enam puluh buah patung berhala berada di dalam Kaabah.Berhala-berhala yang menjadi sembahan masyarakat jahiliah selain daripada Allah itu ada juga diletakkan di sekeliling Kaabah.Berhala-berhala itu diletakkan dengan timah.
Dengan tongkat di tangan Nabi Muhammad SAW itu,Baginda menunjukkan kepada berhala-berhala itu seraya membaca firman Allah:"Katakanlah!:Yang benar itu sudah datang dan yang palsu segera menghilang;sebab kepalsuan itu pasti akan lenyap".(Al Israa:81)

27 January 2012

Kisah Nabi Muhammad 348

Di dalam Kaabah tersebut,Baginda juga melihat adanya sebuah patung burung dara diperbuat daripada kayu.
Lalu Baginda menghancurkan patung itu dengan tangannya sendiri,kemudian dicampakkan ke tanah.
Ketika Baginda SAW melihat gambar lukisan seorang lelaki yang digambarkan sebagai Nabi Ibrahim itu,Nabi Muhammad SAW merenungnya agak lama.Kemudian Rasulullah SAW pun bersabda antara bunyinya,"Mudah-mudahan Tuhan membinasakan mereka!Orang tua kita digambarkan mengundi dengan azlam!Apa hubungannya Ibrahim dengan azlam?!Ibrahim bukannya orang Yahudi ataupun Nasrani.Tetapi dia hanif(yang murni imannya)."
Maksudnya ialah Nabi Ibrahim a.s bukanlah saeorang yang beragama Yahudi atau Nasrani.Malangnya di sini Nabi Ibrahim telah dipotretkan seorang yang menyekutukan Tuhannya.
Bahkan pada hakikatnya Nabi Ibrahim a.s ialah seorang yang hanif,orang yang menyerah diri hanya kepada Allah SWT.Sungguh keji perbuatan mereka yang melukiskan gambaran Nabi Ibrahim itu di dinding-dinding Kaabah.Ia merupakan satu fitnah yang besar!.

25 January 2012

Kisah Nabi Muhammad 346/2

Musnahnya Berrhala

Rasulullah SAW bukanlah merupakan seorang manusia yang kenal erti permusuhan di kalangan umat manusia.Kalau tidak di luar keterbatasan yang melampau,sedikitpun Baginda SAW tidak mahu menumpahkan darah.Nabi Muhammad SAW bukanlah pemerintah diktator.Bahkan Baginda bukanlah orang yang mahu menunjukkan kekuasaan.Tuhan telah memberi keringanan kepadanya dalam menghadapi musuh dan di atas kemampuannya jugalah Baginda SAWmemberikan pengampunan.
Lantaran itu kepada seluruh dunia dan generasi,Nabi SAW telah menunjukkan satu teladan yang mulia terutama tentang kebaikan dan keteguhan memelihara janji,tentang kebebasan jiwa yang belum pernah sesiapa capai sekalipun.
Apabila Nabi SAW memasuki Kaabah,dilihatnya di dinding-dinding Kaabah itu dipenuhi dengan lukisan.Pelbagai jenis gambar yang tertera,antaranya didakwa sebagai malaikat dan para nabi.Dilihatnya gambaran Nabi Ibrahim yang dilukis sedang memegang azlam.
Azlam ialah sejenis anak panah yang tiada mata dan berbulu.Kebiasaanya di zaman jahiliah ia dibuat dan digunakan untuk menilik nasib.Anak panah itu akan ditulis padanya dengan perkataan 'lakukan' dan 'tidak lakukan'.Kemudian ia akan digoncang di dalam satu bekas.Apa yang keluar itulah yang akan dikerjakan.Mereka membuang undi melalui tilikan ini untuk mencari dan mencapai kepastian dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

BERSAMBUNG...

20 January 2012

Kisah Nabi Muhammad 346

Kini Quraisy di Mekah sudah berada di dalam genggaman Nabi Muhammad SAW.Mereka sudah beada di bawah tapak kakai Nabi.Perintah baginda akan segera dilaksanakan orang.Nyawa mereka di hujung tanduk.Semuanya kini bergantung di hujung bibir Baginda SAW sahaja.Maka dengan sewenang-wenangnya jugalah di atas ribuan bala tentera Muslimin yang lengkap bersenjata itu,akan dapatmengikis habis seluruh isiMekah dalam sekelip mata.
Tetapi Nabi SAW memilih untuk mengampunkan keseluruhan Quraisy.Malah Nabi SAW dapat menerima Quraisy sebagai umatnya.Rasulullah sendiri mampu menanggapi seolah-olah tiada suatu pun yang Quraisyitu pernah lakukan ke atasnya.Jiwa besar ini bukan kepalang.Jiwa besar ini sudah melampaui batasan seorang insan.Jiwa besarini cukup mulia.Jiwa besar ini bukanlah keduniaan yang akan dapat menipunya.Dia hanya mencari keredhaan dan kasihnya Tuhan.

BERSAMBUNG...

17 January 2012

Kisah Nabi Muhammad SAW,,

Ni ade kisah tentang junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW,,untuk diambil iktibar,,

Di depan pintu Kaabah yang terbuka luas itu Rasulullah telah berkhutbah.Ketika inilah Nabi Muhammad SAW membebaskan dan mengampunkan semua orang-orang Quraisy Mekah walhal mereka semua itu sudah menjadi tawanan Nabi SAW sendiri.
Hari yang bersejarah ini telah merekodkan betaa pemurah dan penyayangnya Rasulullah hingga mampu memaafkan mereka yang sering berbuat jahat terhadapnya.
Alangkah indahnya pengampunan itu di kala mampu.Alangkah besarnya jiwa Nabi Muhammad SAW,jiwa yang telah melampaui segala kebesaran,segala rasa dendam di hati.Jiwa yang dapat menjauhi segala perasaan duniawi,telah mencapai di atas segala kemampuan insan.
Mereka itu ialah orang-orang Quraisy yang pernah membuat komplot untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.
Mereka jugalah yangpernah menganiaya Nabi dan para sahabat baginda.
Quraisy itu jugalah yang menghunus pedang mengancam dan mengajak perang di Badar,Uhud dan Khandak.Mereka jugalah yang menghasut dan mengajak seluruh Arab untuk memusuhi Nabi..

BERSAMBUNG..
HakCipta nurulmatabesar.blogspot.com