27 January 2012

Kisah Nabi Muhammad 348

Di dalam Kaabah tersebut,Baginda juga melihat adanya sebuah patung burung dara diperbuat daripada kayu.
Lalu Baginda menghancurkan patung itu dengan tangannya sendiri,kemudian dicampakkan ke tanah.
Ketika Baginda SAW melihat gambar lukisan seorang lelaki yang digambarkan sebagai Nabi Ibrahim itu,Nabi Muhammad SAW merenungnya agak lama.Kemudian Rasulullah SAW pun bersabda antara bunyinya,"Mudah-mudahan Tuhan membinasakan mereka!Orang tua kita digambarkan mengundi dengan azlam!Apa hubungannya Ibrahim dengan azlam?!Ibrahim bukannya orang Yahudi ataupun Nasrani.Tetapi dia hanif(yang murni imannya)."
Maksudnya ialah Nabi Ibrahim a.s bukanlah saeorang yang beragama Yahudi atau Nasrani.Malangnya di sini Nabi Ibrahim telah dipotretkan seorang yang menyekutukan Tuhannya.
Bahkan pada hakikatnya Nabi Ibrahim a.s ialah seorang yang hanif,orang yang menyerah diri hanya kepada Allah SWT.Sungguh keji perbuatan mereka yang melukiskan gambaran Nabi Ibrahim itu di dinding-dinding Kaabah.Ia merupakan satu fitnah yang besar!.

25 January 2012

Kisah Nabi Muhammad 346/2

Musnahnya Berrhala

Rasulullah SAW bukanlah merupakan seorang manusia yang kenal erti permusuhan di kalangan umat manusia.Kalau tidak di luar keterbatasan yang melampau,sedikitpun Baginda SAW tidak mahu menumpahkan darah.Nabi Muhammad SAW bukanlah pemerintah diktator.Bahkan Baginda bukanlah orang yang mahu menunjukkan kekuasaan.Tuhan telah memberi keringanan kepadanya dalam menghadapi musuh dan di atas kemampuannya jugalah Baginda SAWmemberikan pengampunan.
Lantaran itu kepada seluruh dunia dan generasi,Nabi SAW telah menunjukkan satu teladan yang mulia terutama tentang kebaikan dan keteguhan memelihara janji,tentang kebebasan jiwa yang belum pernah sesiapa capai sekalipun.
Apabila Nabi SAW memasuki Kaabah,dilihatnya di dinding-dinding Kaabah itu dipenuhi dengan lukisan.Pelbagai jenis gambar yang tertera,antaranya didakwa sebagai malaikat dan para nabi.Dilihatnya gambaran Nabi Ibrahim yang dilukis sedang memegang azlam.
Azlam ialah sejenis anak panah yang tiada mata dan berbulu.Kebiasaanya di zaman jahiliah ia dibuat dan digunakan untuk menilik nasib.Anak panah itu akan ditulis padanya dengan perkataan 'lakukan' dan 'tidak lakukan'.Kemudian ia akan digoncang di dalam satu bekas.Apa yang keluar itulah yang akan dikerjakan.Mereka membuang undi melalui tilikan ini untuk mencari dan mencapai kepastian dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

BERSAMBUNG...

20 January 2012

Kisah Nabi Muhammad 346

Kini Quraisy di Mekah sudah berada di dalam genggaman Nabi Muhammad SAW.Mereka sudah beada di bawah tapak kakai Nabi.Perintah baginda akan segera dilaksanakan orang.Nyawa mereka di hujung tanduk.Semuanya kini bergantung di hujung bibir Baginda SAW sahaja.Maka dengan sewenang-wenangnya jugalah di atas ribuan bala tentera Muslimin yang lengkap bersenjata itu,akan dapatmengikis habis seluruh isiMekah dalam sekelip mata.
Tetapi Nabi SAW memilih untuk mengampunkan keseluruhan Quraisy.Malah Nabi SAW dapat menerima Quraisy sebagai umatnya.Rasulullah sendiri mampu menanggapi seolah-olah tiada suatu pun yang Quraisyitu pernah lakukan ke atasnya.Jiwa besar ini bukan kepalang.Jiwa besar ini sudah melampaui batasan seorang insan.Jiwa besarini cukup mulia.Jiwa besar ini bukanlah keduniaan yang akan dapat menipunya.Dia hanya mencari keredhaan dan kasihnya Tuhan.

BERSAMBUNG...

17 January 2012

Kisah Nabi Muhammad SAW,,

Ni ade kisah tentang junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW,,untuk diambil iktibar,,

Di depan pintu Kaabah yang terbuka luas itu Rasulullah telah berkhutbah.Ketika inilah Nabi Muhammad SAW membebaskan dan mengampunkan semua orang-orang Quraisy Mekah walhal mereka semua itu sudah menjadi tawanan Nabi SAW sendiri.
Hari yang bersejarah ini telah merekodkan betaa pemurah dan penyayangnya Rasulullah hingga mampu memaafkan mereka yang sering berbuat jahat terhadapnya.
Alangkah indahnya pengampunan itu di kala mampu.Alangkah besarnya jiwa Nabi Muhammad SAW,jiwa yang telah melampaui segala kebesaran,segala rasa dendam di hati.Jiwa yang dapat menjauhi segala perasaan duniawi,telah mencapai di atas segala kemampuan insan.
Mereka itu ialah orang-orang Quraisy yang pernah membuat komplot untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.
Mereka jugalah yangpernah menganiaya Nabi dan para sahabat baginda.
Quraisy itu jugalah yang menghunus pedang mengancam dan mengajak perang di Badar,Uhud dan Khandak.Mereka jugalah yang menghasut dan mengajak seluruh Arab untuk memusuhi Nabi..

BERSAMBUNG..
HakCipta nurulmatabesar.blogspot.com