Allah uji kerana Allah sayang hamba-hambanya
Allah inginkan hambanya untuk meminta
Allah inginkan hambanya untuk menyebut namanya
Dalam dunia ni
siapa yang tak suka seandainya orang yang dicintai sentiasa menyebut namanya?
Begitulah juga Allah
kerana sayangkan kita
maka dipercikkan sedikit ujian terhadap kita
supaya perhatian kita beralih daripada hal dunia
kepada Allah semata-mata
Kadang kala kita menangis
kerana ditolak oleh cinta manusia
namun satu hal yang tidak kita sedari
cinta Allah lupa kita nak gapai
cinta Allah lupa kita nak cari
satu-satunya kekasih yang tidak pernah jemu menanti
adalah
Allah
Dia pencipta kita
segala nikmat yang kita peroleh
semuanya datang daripada Dia
dalam dunia ni pula
terdapat dua jenis manusia:
iaitu
1.manusia yang taat
2.manusia yang ingkar
Pilihan di tangan manusia
sebab Allah sudah menjadikan manusia sbaik-baik makhluk di muka Bumi dengan dikurniakan akal fikiran
namun manusia sendiri yang lebih memilih untuk menurut hawa nafsu berbanding akal fikiran yang jelas
